THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Wednesday, May 14, 2008

Keruntuhan Moral dan Akhlak

Cakap ajuk yang kita bualkan lantaran mengeluh akibat akhlak para remaja dan umat Islam hari ini yang sudah runtuh moralnya sering terdengar seperti ini, “kau tengoklah akhlak mereka, dah rosak betul. Apa nak jadi kalau sepuluh tahun akan datang....?”.

Di negara kita hari ini, di mana-mana sahaja kita pergi kita akan melihat gelagat remaja/orang Melayu yang majoritinya Islam cukup keterlaluan dalam mempamerkan akhlak mereka. Di mana sahaja, kampung, desa pendalaman, pekan, pekan-pekan kecil, maupun bandar apatah lagi bandaraya besar seperti Kuala Lumpur, Johor Baharu, Ipoh, Penang dan merata lagi, keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat Islam amat ketara sekali. Ini hanya kita bicarakan di negara kita sendiri. Bagaimana kalau kita perluaskan skop ke negara jiran seperti Singapura dan Indonesia, maka keruntuhan akhlak para remaja/orang Islam tidak berkesudahan malah mungkin lebih dahsyat lagi. Bagaimanakah lagi dengan remaja di negara-negara Islam yang lain dan di seluruh pelusuk alam ini. Jawapannya sama iaitu “keruntuhan akhlak” para masyarakat Islam ini cukup kritikal dan gawat sekali. Persoalannya bagaimana kesudahannya?

Masalah akhlak umat Islam hari ini.

Sebelum kita membicarakan masalah keruntuhan akhlak umat Islam dengan lebih jauh maka mari kita renungkan antara keruntuhan akhlak yang dimaksudkan itu.

(1) Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang tidak terbatas tanpa memiliki lagi
sebarang perasaan malu.
(2)Terlalu berani mengadakan perhubungan jenis secara haram dan seks bebas sehingga tidak
pernah rasa berdosa dan takut pada pembalasan selepas mati.
(3) Berkelakuan tidak senonoh antara lelaki dengan perempuan di kalayak ramai ataupun di
tempat tersembunyi.
(4) Bersekedudukan lelaki dengan perempuan seumpama suami isteri tanpa melalui akad nikah
yang sah.
(5) Sudah terlalu ramai orang Islam hari ini teramat berani dan tanpa ada perasaan ragu
selalu melahirkan anak luar nikah atau “anak haram”.
(6) Kaum wanita Islam yang berpakaian singkat dan mendedahkan bahagian tubuh badan
dengan megah dan bangga tanpa segan silu.
(7) Kaum lelaki yang sudah terlalu gemar dan menjadikan cara hidup mempergunakan wanita
untuk melepaskan nafsu haiwaniah nya.
(8) Budaya meminum alkohol atau arak sudah menjadi cara hidup sebahagian orang Islam yang
tertentu di masa ini. Tidak ada perasaan takut malah merasa megah kerana berani minum
apabila orang Islam lain melihatnya.
(9) Budaya ketagihan dadah dikalangan lelaki dan wanita Islam hari ini yang telah menjadikan
dadah sebagai dunia baru mereka.
(10) Ketagihan kepada muzik yang mengkhayalkan secara berlebihan dan sanggup terkinja-
kinja menari-nari sehingga hampir lupa kepada dunia nyata.
(11) Golongan remaja Islam yang melibatkan diri dalam kegiatan sumbang, menyalahi undang
undang, lumba haram, gengstar, perasugut, menjual maruah diri dan banyak lagi yang
seiring dengannya.
(12) Anak-anak yang sudah tidak menghormati lagi kepada ibu-bapa, guru-guru, orang tua dan
masyarakat marhaen.
(13) Golongan yang sudah tidak menghormati lagi terhadap budaya Melayu dan tradisi Islam
yang diamalkan sejak dahulu.
(14) Terlalu sedikit umat Islam hari ini yang boleh membaca Al-Quran dan menghayati Islam
sebaliknya sebahagian besar kita samada dewasa atau remaja atau kanak-kanak sudah
tidak mengerti bacaan AlQuran dan melaksanakan perintah Allah.
(15) Berpuluh-puluh lagi senarai keruntuhan akhlak yang dapat saya senaraikan tetapi memadai
yang di atas sahaja. Selebihnya saya harapkan para pembaca tambahkan sendiri.

Persoalan yang berligar apakah faktor yang menjadikan keruntuhan akhlak begitu serius hari ini? Bagaimana mengatasi masalah ini? Bagaimana supaya dapat mengembalikan masyarakat yang hanyut ini kepada jalan yang benar? Berjayakah kita dalam usaha mengajak masyarakat Islam kembali menghayati ajaran Islam sepenuhnya?
Tidak ambil berat soal agama.

Jawapan yang paling utama dan yang paling baik kepada persoalan dan permasahan yang dibentangkan di atas tadi ialah kerana kita umat Islam hari ini sudah tidak mengambil berat lagi terhadap soal-soal agama. Kita leka dengan masa yang dihabiskan untuk duniawi, mencari harta sebanyak mungkin, mencari wang untuk memenuhi poket, mengejar rezki secara berlebihan dan semua ini menjadikan kita mengabaikan tugas kita untuk agama bagi diri sendiri, agama untuk isteri, suami dan lebih-lebih lagi agama buat anak-anak yang menjadi amanah sebagai melahirkan mereka umat Islam sejati atau mukmin syadiqan.

Mari lihat dalam keluarga kita sendiri. Apakah anak-anak kita telah memahami Islam dengan sebaiknya? Apakah keluarga kita termasuk dalam golongan orang yang menunaikan tuntutan agama yang paling basic iaitu menunaikan sembahyang lima waktu? Anak-anak kita sudah dilatih berpuasa? Anak-anak kita boleh bersyahadah tauhid dan syahadah Rasul dengan lancar? Anak-anak kita sudah boleh membaca Al-Quran? Khatam Quran? Kalau jawabannya YA. Ada pertanyaannya lagi adakah kita ini adalah anak yang taat kepada kedua ibubapa? Kita tidak pernah melukai atau mengecilkan hati ibubapa kita? Begitu juga dengan anak-anak kita, adakah mereka anak yang taat, hormat dan kasih kepada kita atau anak-anak kita selalu sahaja engkar kepada nasihat arahan dari kita? Semuanya ini asas dan perdu segala pokok didikan yang akan menentukan arah tuju anak-anak dimasa hadapan.

Copy from http://www.geocities.com/pilgm/akhlaq.htm


Jika budaya seperti ini tidak dapat dibendung, apa yang akan terjadi kepada anak-anak muda yang bakal menjadi pemimpin negara kita, sedangkan kita memerlukan anak muda yang mempunyai moral yang tinggi untuk menjadi pemimpin. Berikan komen anda...